Garisan Lembut ; Garisan Keras - Soft Edge ; Sharp Edge. Simple tip untuk Mastering Realism

Garisan Lembut ; Garisan Keras - Soft Edge ; Sharp Edge. Simple tip untuk Mastering Realism

Tip ini telah diberikan oleh Pelukis Zaharudin Sarbini kepada saya suatu ketika dulu apabila beliau menegur lukisan saya seperti digunting dan ditampal di atas lukisan, seorang pelukis realistik yang kini berkarya di Conlay. Jika anda ingin berjumpa pelukis-pelukis realist ramai di sana termasuk Ajis Underwater.

Seronok untuk dikongsi tips ini bersama

Saya menjadikan Lukisan Sakinah dan hazry sebagai contoh di sini untuk tip mastering Realism, Photorealism atau Hyperrealism. Sakinah jgn marah saya ambil lukisan you sebagai contoh sahaja.. i know you can do it.

Cuba perhatikan lukisan "Sad" sakinah yang original jika diperhatikan kita melihat terdapat garisan garisan yang agak begitu tajam di bahagian genggaman tangan, bawah hidung dan bahagian dagu serta pipi.

Cuba lihat ada sedikit perubahan pada lukisan tersebut setelah garisan tersebut di lembutkan:



Komen Pak Abu "Dalam seni lukis ada satu istilah iaitu garisan lembut ( soft edge ) and garisan tajam ( sharp edge ). Pada satu keadaan tertentu garisan tajam ( sharp edge ) tidak boleh digunakan. Pada painting Sakinah ini ada terdapat garisan tajam ( sharp edge ) pada jari dan bawah hidung wanita itu. Ia menjadikan seolah-olah ia ditampal pada muka wanita itu.


Sakinah Profile

Sakinah Gallery


Untuk mastering Realism, Photorealism atau Hyperrealism perkara kecil sebegini perlu diambil kira untuk menampakkan kehidupan pada lukisan tersebut.

Sekarang kita lihat pula drawing mata oleh hazry, jika diperhatikan lakaran ini memang nampak realistik tapi anak mata yang berwarna hitam tersebut terlalu sharp. anak mata tersebut berada di dalam bendalir dan saya rasa perlu di lembutkan sedikit pada garisan bulatan tersebut.

Cuba perhatikan betul betul pada perubahan mata tersebut setelah saya lembutkan sedikit pada garisan anak amta hitam itu.




Hazry Profile

Hazry gallery


P/S: Ada juga tempat tempat tertentu kita memerlukan garisan tajam (sharp edge) jangan pula setelah saya beri tips ini semua garisan di lukisan anda buat garisan lembut.

Comments

Popular Posts