Kisah Working Together dan New York



(Ini adalah lukisan study percubaan yang pertama menggunakan cat minyak)
Working Together - Medium: Oil On Canvas Size: 34 Inch x 43 Inch

Kisahnya begini, lukisan ini aku tiru dari kalendar buat just untuk study dan belajar imitasi, kantoi sikit laut dia, ada seorang peminat seni cakap lukisan ko ni hancur buat malu jer kalau letak kat gallery, buat memalukan seni lukis jer. So aku perapkan jer la kat rumah, lagipun aku buat just utk study dan suka-suka.

kemudian aku letakkan gambar ni di website aku. Few days later ada seseorang yang berminat giler dengan lukisan nie, aku tak tau kenapa dia minat sangat lukisan nie ( boleh tak you all bagitau kenapa Paul Luskin nie suka gambar ni) Dia email kat aku , dia kata "I want this painting and dont let it go to anyone else" dia berbunyi tekad giler nakkan lukisan nie, aku kata kat dia lukisan nie aku buat just for study (tapi aku tak kata la not for sale he he he)

Moral of the story is kalau ade orang yang suke artwork kita tu dia tetap akan nak walau camner pun. Dan aku percaya setiap lukisan tak kira burok atau cantik tetap ada peminatnya. kerana lain orang lain pendapatnya. Rambut sama hitam hati lain lain.

Aku kata ok jer, kemudian dia kata "apa kata you datang sini, saya bagi tiket pergi balik, penginapan dan payment " "oh saya tak melepaskan peluang keemasan ini , New York beb once in a life time, ntah bile2 nak sampai lagi. Tapi of course la aku suruh dia bayar aku dulu.



So aku pakat redah jer ke New York menaiki British Airways, waaa pertama kali menjejaki kaki ke negara orang seronoknye berkat lukisan 'working together' tadi. Aku ke sana bukan dgn tangan kosong, aku bawak sekali work work kecik aku he he he, secara tak langsung kawan si Paul Luskin nie pun sambar 2 keping cukup la aku nak stay dan belanja di sana, berjalan ka china town, tengok Lion King kat broadway, melawat MOMA kebetulan pulak lukisan Monet da Van Gog tengah ade show masa tu seronok tengok work oldmaster dari dekat , biasanyer tengok kat gambar jer ermmm puas juga aku hari tu.. ......

Comments

  1. paul luskin ni bukan buta latif..dah dpt 1st painting tu dia dah simpan 'aset'..aku rasa dia 'nampak' 5-10 thn lg kau akan jadi nama besar dlm art industri.InsyAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts