Melukis figura menggunakan kaler pensil

Melukis figura menggunakan kaler pensil



Melukis figura di tepi pantai

1.Pelukis memulakan lakaran garisn bentuk figura terlebih dahulu. Setiap garisan lakaran menggunakan warna yang akan menentukan warna figura dan objek tersebut, sebagai contoh garisan muka dan badan menggunakan warna 'terracotta' atau 'cokelat'; rambut dan spek mata hitm menggunakan warna hitam.

2. Pelukis menyiapkn warna rambut degan hanya menggunakan garisan-garisan kasar. Tona warna dimulakan dibahagin muka dengan warna yang lembut, perlu dibuat secara perlahan dan tak perlu menekan kaler pencil dengan kuat, dibahagian bawah muka dan dagu iaitu bayang muka tersebut perlu dibuat dua hingga tiga lapisan supaya nampk lebih gelap campurkan warna cokelat, biru dan hitam sedikit.




3. Jika dilihat secara dekat pada rambut, pelukis telah mewarnakan rambut dengan menggunakan lakaran kasar, perlu menekan kuat apabila mewarnakannya (jangan sampai terpatah mata kaler pencil anda sudah memadai) Tinggalkan sedikit ruang ruang putih dibahagian atas rambut untuk menunjukkan kesan daripada cahaya.
4. Penuhkan warna pada badan secara lembut, tak perlu tekan, supaya nampak cerah, begitu juga warna baju mandi yang bewarna kuning. Kemudian baru and boleh memasukkan warna gelap dengan meggunakan warna cokelat atau merah gelap dibahagian bayang.
5. Tona-tona cerah dan gelap telahpun kelihatan, pelukis menggunakan warna indigo di bahagian bayang yang agak cerah sedikit.


6. Warna merah digunakan untuk kain penghadang tersebut, seperti biasa gelapkan dibahagian bayang. Disini tona merah sederhana cerah dan gelap digunakkan.7. Warna Biru , cokelat dan merah digunakan untuk lapisan terakhir untuk bahagian kulit yang mempunyai bayang.

Comments

  1. nampak macam mudah tapi sebenarnya kalau tak ada bakat susah jugak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts