Menggerudi Inspirasi di Pameran Ahmad Zakii
23 hb lepas aku bersama rakan pergi ke Galleri Petronas di KLCC untuk menyaksikan karya-karya Ahmad Zakii Anwar, 100 koleksi lukisan beliau dipamerkan di situ, memang dah lama aku nak menyaksikan pameran beliau dan akhirnya semalam baru tercapai hasrat, ternyata lukisan beliau memang mempunyai kekuatan yang tersendiri, melihat sahaja lukisan lakaran arang yang bersize besar membuatkan aku rasa teruja dengan kehebatan sentuhannya.
Lukisan still life akrilik di atas jute membuatkan fikiran melayang sejenak kerana di situ terdapat mesej berahi namun tidak keterlaluan yang ingin disampaikan, manakala lukisan siri orang menghisap rokok di situ sungguh kuat dengan pengolahan penduaan figura yang begitu ketara strok berus .. walaupun setiap imej tidak ditonjolkan wajahnya dengan dilitupi asap asap rokok membuatkan lukisan itu misteri dan penuh tanda tanya.
Siri tari -Gemelan Dinstant , yang bersize besar, terasa pergerakan dan liuk lentok sang penari, dengan hanya penggunaan latar belakang warna hitam membuatkan imej sang penari dan pemuzik menonjol dengan begitu ketara sekali.
Meskipun pameran ini seolah retrospektif iaitu koleksi koleksi lukisan yang telah dibeli ataupun dimiliki oleh kolektor dari tahun tahun yang lepas dan dipamerkan atau dikumpulkan kembali namun apabila dicampurkan kesemuanya karya beliau tampak begitu ada kesamaan semuanya dari segi sentuhan berus strok dan juga pengayaan yang tersendiri dari penggunaan warna yang saya rasakan boleh dikatakan 'HITAM' atau boleh dicop "master of darkness".
Comments
Post a Comment