Pelukis Itu Penulis
Banyak penseni penseni mude yang bertanya kepada saya " Encik macam mana nak jadi pelukis? mcm mana? Saya boleh menjawab dgn mudah.. lukis jer lah tapi mcm tak best jer jawapan saya tu.. semuanya bergantung dengan semangat anda ... artikal ini sedikit sebanyak mungkin boleh membantu sebagai langkah pertama
Kamu nak menjadi seorang pelukis yang berjaya bukan? Dah tentu la kamu nak. Tapi hanya dengan satu cara sahaja iaitu jika kamu mempunyai kesungguhan yang sejati dan komitment yang tinggi dengan apa yang kamu buat sekarang, kenapa kamu melakukannya, kemana arah dan tujuan kamu - lagi banyak kesungguhan, komitment dan kejituan kamu menginginkannya lagi baik adanya.
Kebanyakan penseni (tak semua) mempunyai masalah dimana mereka membuat hasil seni secara rawak atau pelbagai, seoalah olah menyimpang dari satu arah tujuan yang diinginkan, mula-mula buat hasil seni sebegini, lepas tu buat hasil seni yang lain pulak, bertukar-tukar sehingga seolah olah mereka duduk di atas satu bongkah kesenian yang beraneka-ragam dan bermacam-macam jenis.
Saya tanya kenapa mereka buat macam tu, mereka menjawab "saya buat hasil seni la"
OK, baik, sekarang tiba masa untuk saya soal kamu kembali dengan saolan cepu emas. Kamu kata kamu buat hasil seni, tapi ape maksud seni-seni ayng kamu buat tu? Bagaimana kamu akan tahu kemana hala-tuju kamu? Bagaimana kamu nak memilih kemana arah komposisi tersebut? Bagaimana kamu ingin tahu macam mana rupe bentuknya? Bila agaknya kamu tahu macam mana rupa bentuknya? Bagaimana kamu nak tahu bilanya ia akan siap? Bagaimana kamu nak tahu apa yang kamu nak buat seterusnya? Saya tanya soalan pening ni kepada beberapa penseni, apa yang saya dapat kebanyakkannya takde jawapan.
"Takde sape yang peduli tentang permasalahan ini," kamu kata. "Apa yang penting bagi mereka ialah menghasilkan karya seni"
Silap besar la. Semua orang peduli. Dan tahu tak siapa yang sepatutnya peduli tentang permasalahan.persoalan ini? Kamu la. Kenapa? Sebab lagi baik kamu memahami proses kesenian kamu, lagi banyak arah dan tujuan yang kamu boleh capai dalam penghasilan karya seni kamu tu, maksudnyer kamu akan menjadi seorang yang lebih terurus dengan tema yang tersendiri dan mempunyai hala dan arah tuju secara konsisten dalam penghasilan karya kamu dan secara tidak langsung akan mengurangkan dari membuat hasil seni yang secara rawak dan takder tema, maksud serta hala tuju dan arah. Berkaitan dengan perkara tersebut, sama ada kamu ambil peduli atau ambil berat, kamu boleh mengukur tentang keberkesanan persoalan tersebut dalam perjalanan menghasilkan karya, dimana kamu akan lebih mempunyai prinsip untuk menghasilkan karya yang lebih konsisten dengan persamaan tema. Penghasilan karya seni tidak akan terjadi secara tetiba. Kamu punyai pilihan , buat pilihan sekarang buat keputusan cari genre dan tema yang bersesuaian dengan minat kamu, tak kira abstract, realist, sculpture dan sebagainya. Ianya sedikit sebanyak akan dapat membantu kamu.
Tapi ada lagi, apabila kamu dan bijak mengatasi untuk membuat hasil-seni yang konsisten dengan tema kamu ianya bukan sahaja bertujuan memberi petunjuk dalam penghasilan karya kamu tapi juga untuk memudahkan kamu memberikan penerangan kepada orang ramai tentang apa yang kamu buat dan hasilkan, lagi senang orang memahami apa yang kamu buat lagi banyak peluang untuk kamu mempamerkan dan menjual hasil karya tersebut. Tiada siapa yang nak beli hasil seni yang mereka sendiri tidak faham.
Seorang penseni baru email kepada saya dan beritahu saya tentang dia telah membuat suatu kajian kecil. Dia mengumpulkan dua kumpulan orang ramai dalam bilik yang berasingan kemudian dia telah memberi dua maksud yang berbeza kepada sebuah hasil lukisan kepada setiap kumpulan tersebut. Apabila dia menerangkan kepada kumpulan pertama "maksud lukisan ini adalah tentang pergelutan dalam menghadapi kehidupan", mereka semua tertarik dan ingin tahu lebih lanjut tentang lukisan tersebut. Pada kumpulan kedua dia telah menerangkan bahawa maksud lukisan tersebut " studi dalam warna biru", tiada siapa yang tertarik, biasa jer, takder apa apa reaksi. Bayangkan jika dia kata lukisan itu tidak ade maksud ape apa, dan saya pun tak tahu apa maksud yang saya lukis, kan ke kantoi.
Lagi baik kamu memahami hasil seni kamu dan boleh bercakap tentangnya dalam kepelbagaian tahap, lagi banyak perhatian yang akan kamu perolehi. Just pikir jer. Sebagai contoh ambil dua lukisan yang sama size dan subjek. Satu bermaksud "tentang pergelutan dalam menghadapi kehidupan" dan satu lagi bermaksud "studi dalam warna biru", atau satu tu letak jer tiada maksud apa apa. Jika kamu berada di tempat pemerhati atau peminat seni, yang mana satu kamu nak beli, kamu tentulah nak kan yang ada MAKSUD bukan yang TAK ADA MAKSUD APA APA.
Pernah tak kamu dengar seorang pelukis yang berjaya dalam kerjaya seninya dan mempunyai banyak pameran seni dalam resumenya tapi takde sesiapa tahu tentang maksud lukisan mereka. Kamu TIDAK akan jumper, at least ada statement dalam katalog diaorang atau dalam resume diaorang.
Lagi berjaya seseorag penseni itu lagi banyak dokumentasi tentang karya karya mereka, penerangan tentang karya mereka, analisis, kefahaman dan sebagainya tentang hasil seni mereka.
Lagi berjaya seorang penseni tersebut lagi banyak informasi tentang mereka dalam setiap aspek dan kehidupan mereka.
Ini adalah penseni yang kamu lihat karyanya berada di muzium dan galeri yang terhebat.
Dan jika kamu nak berjaya macam tu dan menambah baikkan perjalanan kerjaya seni kamu. Jika kamu senyap jer, takder arah tujuan, takder konsep dalam cabaran penghasilan karya seni kamu. Tahu tak?? Jika kamu tak tahu apa yang kamu buat, apa yang kamu buat, kenapa kamu buat atau apa yang penting sangat kamu buat, kamu sebenarnya tidak berapa mengharapkan sesiapapun peduli tentang apa yang kamu hasilkan atau pun mungkin tidak mengharapkan orang suke tentang hasil seni kamu. Walaubagaiman suka atau cinta sekalipun orang kepada hasil karya kamu, lambat laun orang nak tahu jugak.
"Tapii..tapi...saya takder ide la kenapa," kamu kate. " Saya buat hasil seni lahhh, dan itu tetap faktanya, bagaimana saya nak mengetahuinya, takkan nak hasil seni saya tu cakapkan?"
Well well well... meh sini saya bagitau. Kebanjiran artists mude mude dan baru termasuk kamu, menghasilkan seni ada tujuannya dan bukan secara rawak dan takder maksud apa-apa. Betul kamu mungkin takkan terfikir sewaktu kamu sedang menghasilkan karya seni kamu tu. Kamu mungkin berkarya secara automatik, tetibe je ade ide dan buat. Kamu tak tau langsung dari mana datang ide atau bagaimana tetibe kamu dapat ide semancam itu.
Tapi itu tidak bermakna kamu tak tau. Takkan la takder objektif langsung karya seni kamu tu.
Pada suatu masa dahulu, atau mungkin waktu kamu kecik kecik dulu kamu tahu apa yang kamu buat dan kenapa kamu buat setiap kali kamu menghasilkan karya seni. Saya tak bermaksud nak bermain psikologi pada kamu, tapi 3 cara terbaik untuk meletakkan SENI YANG DINAMIK adalah
pertama: meletakkan diri kamu bile waktu kamu mule mule bercadang nak jadi pelukis sepenuh mase dan merencanakan cita-cita anda tersebut dalam pemikiran kamu atau
kedua: bermula dari sekarang dan bawa kembali/imbas balik ke masa lalu atau
ketiga: ambil hasil seni kamu yang dah siap kemudian kamu tulis karangan tentang hasil seni tersebut dari mula hingga habis.
Kamu tak perlu nak pikir semua ni sewaktu buat karya kamu tu, tapi sekadar merenungkan kembali perjalanan seni kamu sudah cukup baik.
OK, bersedia nak mencuba? Bagus. Pilih salah satu 3 tajuk di atas yang saya sebutkan kemudia tulis la karangan tentang apa apa mengenai hasil seni kamu, hidup sebagai pelukis, proses kesenian dan sebagainya. Tulis rangka terlebih dahulu, jangan risau tentang tatabahasa , itu boleh di perbaiki dari semasa ke semasa.
Saya tahu memang malas sangat nak buat karangan/asignment nie , macam macam perasaan bencilah apalah, anyway percayalah kalau kamu praktiskan ia selalu kamu akan dapat lihat objektif hasil karya kamu (tulis kat blog pun ok gak boleh edit-edit)
Masalah nyer kalau buat sorang sorang memang pening kepala ,kena brainstormin dgn kenkawan yang tahu tentang seni dan suruh dia orang bace dan tanye apa yang kamu tulis tu. Jika orang tu paham, ok jadik la. Kemudia tanye soalan. Ini penting jugak nak tau perspektif orang lain tentang apa yang kamu tulis tu.
Kamu juge perlu belakon sendiri tentang persaolan dari persepektif luar, dalam kate lain, baca apa yang kamu tulis tu kuat2 (jgn menjerit dah le) atau mungkin rekod apa yang kamu bace kemudian dgr balik. Dari care tersebut kamu boleh dengar dan buat analisis apa yang kamu buat kemudian tulis balik buat pembetulan dan so on lah. MEMANG semua nie macam susah jer nak buat tapi believe me its worth trying dan takder ruginyer.
Contoh beberapa soalan yang boleh membantu untuk kamu mulakan:
- Bila kamu buat lukisan? Adakah pada masa yang sama setiap hari? Adakah selepas kamu mendapat inspirasi yang tertentu baru nak lukis? Apa yang ada dalam fikiran kamu?
- Adakan kamu ade rutin harian? Bagaimana kamu mula, kemana kamu pergi? Apa yang kamu dengar sewaktu melukis?
- Bagaimana hasil seni kamu berkembang? Adakah kamu melukis sebab kamu dah ade plan nak melukis atau sebab ade peralatan baru kamu nak melukis?
- Apa yang membuatkan hasil seni kamu berkesan dan kenapa?
- Adakah seni kamu mengenai diri kamu? Adakah ianya tentang pemikiran, falsafah, kejadian atau tentang manusia? Adakah ianya meliputi kepercayaan? Adakah ia menceritakan tentang kisah apa2? Adakah ianya mempersembahkan suatu prinsip?
- Bagaimana kamu tahu bila kamu dah siap? Bila masa nya kamu berkata, " Ok inilah dia.. dah siap.. inilah apa yang aku nak." ?
- Adakah penjelasan logik yang mengaitkan lukisan kamu dengan lukisan yang akan kamu buat seterusnya? Adakah sesebuah lukisan kamu akan terus sama? Atau adakah berbeza dari segi tema etc etc? Bagaimana setiap karya kamu yang berbeza tu boleh kamu kaitkan antara satu sama lain? (susah nie)
Kesimpulannya di sini- semuanya adalah untuk menjelaskan tujuan, arah dan keinginan kamu untuk menjadi seorang pelukis dan pada akhirnya kamu boleh menghasilkan karya seni yang boleh memberikan impak bukan sahaja kepada kamu tapi juga kepada kehidupan orang lain. Lagi baik kamu memahami diri kamu dan proses kesenian kamu, lagi banyak keberkesanannya untuk merealisasikan cita cita kamu tu untuk menjadi seorang pelukis yang berjaya.
Comments
Post a Comment