Pelukis Tanya Penjawab Jawab
(Ada yang boleh diguna pakai dan juga ada sekadar untuk pandangan sahaja)
Pelukis : Saya ingin meletakkan pelbagai jenis gambar lukisan di dalam website seni saya. Saya fikir itu akan menambahkan minat orang untuk memilih jenis lukisan yang mereka minat. Adakah ini adalah satu ide yang bagus?
Penjawab: Saya akan jawab soalan lamu dengan soalan juga. Berapa kerap kamu melihat pameran solo di sebuah galeri yang bagus di mana setiap lukisanya berbeza antara satu sama lain? Dalam kata lain , semuanya adalah berkaitan -- pelbagai dalam tema ataupun unik antara satu sama lain tapi sama dalam statement yang diberi dalam pameran solo tersebut. Kamu lihat... apa akan berlaku jika kamu pelbagaikan tema dalam karya kamu, awak mengkonfiuskan orang. Orang tak dapat nak agak apa yang kamu buat dalam pemilihan tema atau apa yang cuba kamu nak sampaikan. Biasanya orang yang konfius tak beli karya. Ini seperti kamu berjalan dalam supermarket dan melihat pisang, begtangan, minyak motor, pinggan, bunga dan sebagainya. Kamu lihat semua lepas tu pusing balik keluar.
Pelukis : Perlu tak saya meletakkan semua lukisan-lukisan saya yang telah lepas (yang dah jual dan sebagainya) dalam website seni saya?
Penjawab: Itu bergantung. Jika website seni kamu merupakan web retrospektif tentang lukisan lukisan lama kamu, jawapannya adalah betul. Tetapi, jika kamu bertujuan untuk menjual lukisan dan sekadar untuk menunjukkan portfolio, saya rasa maintain aje dengan apa yang kamu buat mase ini. Jika kamu nak letak lukisan lukisan lama perlulah limitkan ia dan sama banyak dengan lukisan lukisan terbaru kamu. Tambahan lagi kamu takkan mahu pembeli yang berpotensi membeli lukisan yang sudah lama tak buat. Jangan letak semua lukisan lukisan lama kamu dari darjah satu atau dua ( tak kisah jika web seni kamu untuk retrospektif tentang diri kamu)
Pelukis : Perlu tak saya meletakkan lukisan lukisan saya yang telah terjual dengan banyaknya untuk menunjukkan lukisan saya laku?
Penjawab: Tak perlu (perlu sekadar untuk portfolio) Cuma bayangkan jika kamu berjalan di dalam sebuah kedai tapi semua barang ditulis telah dijual. Orang yang melihat lukisan yang telah terjual mungkin melihat kelebihan kamu menjual lukisan tapi mereka juga akan terperasan bahawa lukisan yang best dah habis semua dijual. Jika nak letak lukisan yang dah dijual dalam website seni kamu, pastikan tulis nama pembeli, kolektor, bisnes, institusi atau organisasi yang membelinya.
Pelukis : Saya mencari penjual lukisan/art dealers, galeri, orang orang yang berminat dengan lukisan di dalam internet. Kemudia saya emailkan gambar lukisan saya tanpa menulis diskripsi tentangnya. Saya terfikir jika orang tu minat lukisan saya, diaorang akan tertarik dan dan email kepada saya kembali untuk bertanya atau membeli lukisan saya. Setakat ni takder satu jawapan pun.
Penjawab: Sabor jer lah, napelah bengap sangat, yang kedua bengap ialah email kamu tiada identiti dan bermula dengan "Harap dapat melihat website seni saya dan apa pendapatanda tentang lukisan saya". Orang yang terima mesej kosong sebegini tak bukak email tu paling sedih terus delete jer, kebanyakkannya berfikir "siapalah si bozo yang menganggu aku?" Just fikir Email yang kosong dan takder identiti takkan di layan.
Pelukis : Anda kata hubungi semua galeri terdekat dan berkembang dari situ. Adakah itu bermakna saya kena hubungi semua galeri yang terdekat dgn saya untuk menunjukkan hasil seni saya?
Penjawab: Tidak. Tunggu kejap, jangan show off lagi jangan terburu buru nafsu ataupun terburu buru tanya nak letak lukisan kamu. Pertamanya, biasakan dengan galeri tersebut, satu demi satu, lihat ape jenis luksian yang dipamerkan di situ, fokuskan jika ade mane mane galeri yang mempamerkan sama jenis lukisan yang kamu buat (atau ada tak pelukis lain yang sama melukis jenis lukisan seperti awak). Paling baik ialah pergi ke pembukaan pameran pameran lukisan di galeri tersebut. Buat kajian terlebih dahulu kemudian barulah hubungi mereka kemudian.
Pelukis : Saya berminat nak letak lukisan saya kat beberapa buah galeri. Apakah yang perlu saya cakap bila masuk dan berhadapan dengan tuan punya galeri?
Penjawab: Perkenalkan diri kamu, slow slow jangan terburu buru. Pastikan mereka mempunyai masa dan ingin brcakap dengan kamu. Jika ya, bercakap tentang galeri tersebut dan tentang lukisan lukisan di galeri tersebut dan bukan tentang kamu. Persembahkan dan yakinkan bahawa kamu adalah peminat galeri mereka dan bukan sekadar bertujuan nak letak lukisan sahaja. Bayangkan kamu dah berjaya dengan perbualan tersebut kemudian baru masukkan perbualan kenapa kamu percaya bahawa hasil seni kamu tu sesuai dengan galeri meraka, mungkin ini kerana bertepatan atau bersesuaian dengan lukisan lukisan yang mereka pamerkan di situ adalah fakta sebenar, jika banyak fakta lagi bagus. Bayangkan kamu berjaya dengan semua ni, mungkin mereka berminat untuk melihat lukisan kamu untuk dipamerkan. Good Luck!
Pelukis : Saya terfikir nak buat copyright tentang lukisan saya supaya orang tak tiru lukisan saya. Saya nak letak bermacam macam undang undang tentang peniruan lukisan saya. Adakan itu adalah satu ide yang baik?
Penjawab: OK. Jadi kamu mencipta sesuatu bukan? Betul tak? Benda ape sebenarnya? Bahan kima baru untuk lukisan? Barang baru untuk buat lukisan? Saya bukan peguam penciptaan barang-barang, tapi jika awak tak CIPTA apa-apa, takde apa yang nak di 'patent' kan. Hasil seni kamu automatik Hak Cipta Terpelihara apabila kamu membuatnya, jika itu yang merisaukan kamu. Kamu tak perlu 'file'kan apa-apa, takde apa yang perlu dirisaukan disitu. Berkaitan dengan itu mana-mana artist yang beriya-iya nak mencipta nama dengan meletakkkan hak cipta terpelihara dan sebagainya akan hanya akan membuatkan pembeli, kolektor, galeri akan kurang minatnya dengan kamu. Orang yang minat seni adalah sebab kebebasan, ide baru, konsep yang meletop dan baru, menarik dan bukannya sebab undang-undang tersebut. Cuma guna Hak Cipta terpelihara sebagai jalan terakhir.
Pelukis : Saya tak mau letak lukisan saya online sebab nanti orang akan curi gambar lukisan saya. Bagaimana saya nak melindungi diri saya?
Penjawab: Beli sebuah gua dan duduk dalam gua tu sepanjang hidup kamu.
Pelukis : Perlu tak saya mempunyai art dealers, galeri atau consultant siap dengan surat hitam putih sebelum saya bercakap tentang karya saya?
Penjawab: Well, jika kamu betul-betul dah takder arah sebagai pelukis sepenuh masa, jawapannya adalah yer.
Pelukis : Saya mempunyai masalah nak buat pameran kat galeri. Ada tak cadangan2 untuk ini?
Penjawab: Cuba pameran berkumpulan, sewa tempat dengan beberapa pelukis lain. Walau apa pun rintangan buat aje lah. Cuba lah tanya kenkawan kamu sama ada mereka ade tempat yang sewaktu dengannya untuk disewa untuk buat show tersebut. Campaklah diri kamu tu buat show. Try la kat mana mana kat coffee shop (yang exclusive la) restaurant (jangan kedai mamak atau gerai tepi jalan dah ler), lobi hotel ke, dekat private home ke mana mana lah yang bersesuaian untuk kamu buat show. Lagi banyak kamu campakkan lukisan kamu ke dalam pameran lagi cepat orang ramai kenal kamu. Ini boleh di masukkan dalam resume kamu, tak kire la pameran kat mane mane kecik besar semua nya itu dikira dalam resume kamu sebagai pelukis.
Pelukis : Saya tak letak harga dalam website seni saya sebab saya mahu orang hubungi saya terus tentang lukisan saya. Adakah ini satu ide yang baik?
Penjawab: Tidak. Orang tak suka nak tanya harga sebab tak nak rasa tak selesa atau malu, bila mereka tanya harga lukisan kamu lepas tu mereka tak mampu nak memilikinya. Bayangkan kamu berjalan dalam supermarket pas tu nak beli barang semua tak der harga, mesti kamu geram kan.
Pelukis : Perlu tak saya mempunyai Blog?
Penjawab: Ya dan Tidak. Ya jika kamu update selalu dan menceritakan kisah2 menrik dalam blog kamu. Dalam cara itu kamu menarik perhatian pembaca yang setia dan menunjukkan betapa berdedikasinya kamu dgn blog kamu. Tidak jika kamu hanya awak update blog kamu sekali dalam bebarapa bulan, baik lupakan sahaja. Untuk mempersembahkan blog yang bagus perlukan masa, usaha dan komitment. Jika kamu lakukan dgn betul , ianya berfaedah untuk kamu juga.
Pelukis : Saya lukis lukisan besar besar, size lebih kurang 3 x 5 kaki dan 4 x 6 kaki. Saya mempunyai masalah untuk buat show dan menjual hasil sei saya. Ada cadangan? Ada tak galeri khas yang pamerkan lukisan size besar
Penjawab: Lukisan besar besar ni masalahnya macam ni. Orang yang beli lukisan besar (dan galeri yang pamerkan lukisan besar) biasanya dibuat oleh pelukis yang ada name besar. Sesetengah galeri biasanya mempunyai pelanggan korporat yang nakkan lukisan besar untuk ruang yang besar jugak tambahan lagi mereke biasanya ada kehendak spesifik apa yang nak mereka pamerkan. Biasanya orang yang beli lukisan besar adalah untuk menayangkan lukisan yang dibuat oleh siapa pembuatnya (pelukis tersebut). Jadi, jika kamu baru nak bermula untuk menjadi pelukis sepenuh masa ada baiknya kecikkan sikit size lukisan kamu. Perbanyakkan size lukisan kamu supaya pembeli mempunyai pilihan.
thanks for becoming one of my follower..enjoy your day
ReplyDeleteyou are most welcome cik latif..(wahhhh)
ReplyDeletecik latif...thats an old picture anyway....thanks for the compliment
ReplyDelete