Rutin

24 jam sehari, 10 jam internet, 10 jam melukis, 4 jam tido.. adeh pengsan aku...

Internet, mengendalikan portal seni lukis yang aku cipta sejak tahun 2007 di Malaysian Community adush dah nak masuk 2 tahun, insyaAllah setakat ni tiada apa apa masalah lagi cuma ruang data tak mencukupi, cume gune 10 gig jer, portal itu kini dalam proses pemindahan ke server yang menyediakan ruang 230 gig dan harganya pun amat berpatutan. Megupdate dan mengemaskini setiap hari, mcm kerja kerja sukarela pula, tapi disebabkan minat yang mendalam untuk mengumpulkan penseni-penseni takper luangkan masa sedikit utk portal tersebut, sekurang kurangnya dapat berkongsi ide dengan pelukis pelukis lain. Kemudian aku update blog dan web web aku yang lain. Bayangkan kalau dok depan pc 10 jam rase sekejap jer (tolak rehat, solat, makan tinggal beberapa jam jer)

Melukis, seperti biasalah buat lukisan menggunakan cat minyak, buat masa ini tak berkesempatan lagi nak tacap lukisan baru sebab buat beberapa keping lukisan lama yang dah dilukis seperti bunga, tepak sireh, buah (semua kira 2nd edition work). Mungkin hari Isnin nie mula buat lukisan baru.

Comments

  1. lebih kurang la kita. saya pon depan komputer almost 24 hours. dgn business, kerja, webportal [sendiri & client], blog [kalau bosan] dan lain lain.

    tido jangan cakap la. kekadang tak tido langsung! tahu tahu da sampai dateline, rushing gi meeting.

    tu yang da lama tak pegang berus. ada 3 new pieces [4pcs semua] on progress. ntah bila la leh siap [macam tetiba hilang mood and idea]...

    may be upload dulu la. hehheee.. mana tahu ada orang leh bagi idea! hahahhaaa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts