Tip untuk pelukis: Belajar bagaimana untuk menjual seperti galeri.



Tip untuk pelukis: Belajar bagaimana untuk menjual seperti galeri.

Kolektor seni bebas untuk membeli karya seni di mana sahaja, tetapi ramai yang memilih Galeri Seni daripada membeli terus dari pengkarya, jawapan daripada kolektor kenapa memilih Galeri adalah kerana pengkarya seni tiada cara persembahan yang bagus dalam menjual karya mereka berbanding galeri. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak seharusnya berlaku. Pengkarya seni yang tiada wakil dari mana-mana galeri boleh menambah jualan dengan membuat open studio/in-studio dengan cara mangadaptasi cara galeri beroperasi.

Kelebihan paling besar sekali yang kamu ada daripada dealers dan galeri adalah KAMU. Kamu adalah nombor satu dan yang paling layak sekali dalam dunia seluruh alam maya cekerawala untuk membuat persembahan jualan/representation karya kamu dan menjualnya. Kamu ada kelebihan untuk membuat Studio Terbuka (Open Studio) satu keseronokan bila dikunjungi oleh pelanggan kamu, suatu pengalaman yang tak boleh dilupakan, suatu pembelajaran seni dan pengembaraan bagi kolektor atau pembeli karya kamu.

Cadangan berikut adalah sesuai atau tidak-sesuai untuk kamu dalam menjalankan bisnes seni adalah terpulang pada diri kamu sendiri, tapi jika matlamat kamu adalah untuk menjual lebih banyak karya,  kamu perlu mengaplikasikan tip-tip ini, lagi banyak kamu gunakan tip ini lagi banyak kelebihannya. Jika ia tidak sesuai untuk kamu, sekurang kurangnya kamu memahami dengan lebih mendalam apa fungsi galeri dan kenapa ia wujud.

Gambar hiasan saya bersama art collector
* Kalau tak mampu nak sewa gallery sewa rumah pun ok jadikan studio seperti ala-ala galeri. Kamu perlu ada studio yang selesa, cukup ruang untuk menggantung hasil seni kamu. Kamu boleh menyewa, dan ruang tersebut haruslah khas untuk studio kamu sahaja di mana kamu boleh menghias ala-ala studio galeri, walau kecil tapi dengan cara kemasan boleh menampakkan keselesaan bagi pengunjung.

*Jadikan studio kamu sebuah studio yang cantik dan selesa bagi mengantung hasil seni kamu,walaupun ia hanye sebuah rumah kecil yang disewa (jgn rumah setinggan dah ler), jadikan ia sebuah studio seperti galeri, dimana hiasannye ala-ala studio galeri. Nampak kecil tapi menarik. (KL adalah tempat yang sesuai)

*Bagaimana nak cari pelanggan, pembeli atau kolektor? Salah satu caranya adalah 'mencuri' pelanggan. Kalau boleh, buat satu senarai (list) yang panjang dan kamu hendaklah obses, sebab kalau kamu tak obses kamu tak akan berjaya. Kamu kena pergi di setiap pembukaan pameran di mana-mana sahaja, saya rasa di KL ada berpuluh-puluh pameran solo mahupun pameran berkempulan yang diadakan, sebenrnya di pembukaan (opening) pameran seni sebenarnya ramai kolektor atau pembeli yang datang, saya lihat ramai artist yang tidak mengambil peluang ini, kamu boleh menyenaraikan pameran-pameran tersebut dah cuba datang, kamu kena ada bisnes kad yang siap sedia alamat studio kamu dan contact kamu, di sana kamu boleh 'mencuri' pelanggan atau kolektor yang datang ke setiap pameran ,kamu kena bertukar kad dengan mereka, jangan rasa malu, kalau orang tersebut sedang melihat-lihat karya seni di pameran tersebut cuba memulakan perbualan jangan terus mencelah mengatakan kamu juga artists, perbualan haruslah berbunga-bunga bahasa, bicara dahulu tentang karya yang mereka lihat kemudian barulah kenalkan diri kamu dan akhirnya bertukar bisnes kad. Ramai artists yang tak bawa bisnes kad sewaktu mereka menghadiri pameran, walupun nampak lekeh tapi sebenarnya itulah cara yang boleh membuatkan besar kemungkinan kamu dapat peluang bisnes dan paling sadis sekali kebanyakan artists takder langsung bisnes kad, paling koman pun print jer sendiri.

* Buka perniagaan kamu seperti perniagaan orang lain. Ikut waktu standard bagi melancarkan perniagaan, ini bagi tidak menyulitkan pembeli untuk melakukan temujanji dengan kamu. Kamu tidak semestinye menjalankan perniagaan selama 40jam seminggu, tapi hanye memadai 5 jam seminggu

* Layan kolektor atau pelanggan kamu dengan penuh mesra, peramah dan selesa. Jawab segala soalan mereka, tunjukkan pada mereka apa yang ingin mereka lihat. Pastikan kamu telah mencetak atau mem'print' siap sedia segala bio, exhibition list, art statement, history media coverage dan segala gala tentang kamu yang boleh dibaca atau dimiliki oleh mereka.

* Ajar kolektor atau pembeli kamu tentang apa yang kamu buat dan kenapa kamu buat. Pastikan segala penerangannya mudah dan elakkan dari 'bersyarah' atau jadi 'perdebatan' kecuali orang tersebut betul-betul minta perbualan yang lebih mendalam.

* Pastikan set satu tempat dimana kamu boleh meletakkan segala hasil karya yang telah siap. Kamu kena gantung karya karya kamu di dinding dengan lampu-lampu spotlight(kalau ada) untuk menimbulkan efek gaya dan taste, tapi jangan berserabut sangat, kamu juge boleh meniru gaya galeri dan cube jenguk galeri di luar mcm mana gaya susunan nya.

*Benarkan kolektor atau pembeli melihat semua hasil karya kamu (yang kamu rasa burok, cantik, tak siap dan sebagainye) jika itu yang mereka mahu. Jika mereka suka pada karya yang kamu tak suka , so what. Tak semua orang ade taste yang sama. Jika mereka suka karya kamu yang lame-lame pun ok juga.

* Jika kolektor atau pembeli menyebut pasal taste dan citarasa mereka, cube tunjukkan karya kamu yang bersesuaian dengannya. Jika kamu paksa mereka untuk menyukai yang lain, ini akan menyebabkan mereke rasa macam tak nak beli. Cume ingat taste setiap orang adalah unik, pastikan mereka memilih sendiri.

* Kolektor atau pembeli mungkin akan menyebut nama-nama artists lain yang pernah dibeli olehnya. Tak kira apapun yang kamu fikir pasai artists tersebut ataupun hasil karya mereka pastikan kamu memberikan reaksi yang positif. Elakkan membuat perbandingan atau penghakiman terhadap artists lain, pandangan negetif ini akan mengurangkan peluang karya kamu untuk terjual.

*Jadilah sensitif terhadap pembeli yang ada budget. Buat segala usaha pada setiap orang yang nak beli karya kamu, tujuan dan matlamat kamu adalah untuk menjual karya. Selalu ingat karya kamu adalah 'billboard' karya kamu adalah ibarat 'bisnes kad' lagi banayk karya kamu keluar dan dibeli lagi besar peluang kamu untuk menjual lebih banyak.

* Biar pembeli atau kolektor ambil bawak balik dulu karya kamu (setuju atau tidak terpulang pada kamu) untuk mereke menyesuaikan karya kamu dengan keadaan rumah mereka sama ada ia sesuai atau tidak, (biasanya ini berlaku pada mereka yang ade citarasa yang agak cerewet dan taste yang tinggi)

* Tawarkan diri untuk meng'show' hasil karya kamu di rumah ataupun di ofis mereka. Lebih mudah kamu membuatkan mereka untuk melihat karya kamu lagi besar peluang kamu untuk mendapatkan jualan. Mereke akan rasa dihargai jika kamu amalkan tip ini.

* Hantar karya tanpa mengenakan sebarang bayaran jika pembeli tak dapat nak angkut sendiri.

* Set harga jualan karya kamu awal-awal, buat satu list, jangan bila pembeli dah datang baru terhegeh-hegeh nak letak harga. Cuma jangan terlalu berharap mereka akan membeli karya kamu, tapi usaha kamu dah lakukan (doa is ok). Boleh tak kamu bayang kan kamu pergi kat kedai atau supermarket kemudian kamu tengok barang tu takder harga,"ishhh mana harga ni" geram dan tak selesa kan, begitulah perasaannya.

* Tanda semua karya yang bukan untuk dijual, lebih baik sorok.

* Harga mestilah dibandingkan dengan harga artists lain bersesuaian dengan level pengalaman dan kelayakan kamu. Suka atau tidak kamu sebenarnya dalam pertandingan harga dengan artists lain atau pikir sahaja macam nie , pembeli mempunyai pilihan dan selalunya mereka suka membeli dari pelbagai artists sebelum mereka meneruskan untuk membeli karya kamu

* Jangan jual lukisan dengan keadaan ekonomi kamu sekarang sama ada kamu tengah 'kering' atau apa sahaja , sebagai contoh sewa studio/rumah kamu dah dua bulan tak bayar so kamu letakkan harga yanga mahal disebabkan oleh itu, seseorang perlu membayar dengan apa yang mereka minat. Harga mestilah constant dan tidak berubah-ubah mengikut harga kamu, ini untuk menimbulkan keyakinan pembeli terhadap kamu dan juga terhadap karya kamu.

Comments

  1. thanks for the tips. i still have no guts to sell mine. nak tunjuk pon payah, myarthost tu la tempat yang berani sikit nak tayang... hmmm...

    i think, i must build my confidence first before i talk about them and sell them.

    another problem is, saya sayang nak jual painting saya. entah kenapa rasa macam tu.

    ReplyDelete
  2. best entry nih..sgt bermanfaat..nak jugak ade open studio one day..nak hias cantek2..gune ilmu interior design yg penah blaja satu mase dulu,tapi by that time saye kene ade collection landscape malaysia la...baru kene pada tempatnyer :)

    ReplyDelete
  3. Terbaik la Latiff.. Thanks for nice sharing.

    ReplyDelete
  4. Dear Latif, Saya orang Malaysia yang kini tinggal di London. I love your pieces (especially the Guli ones and the Heritage ones), and would love to own one some day. What is the best way to view some of your pieces? Terima Kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sheyna ; maybe when you come back to Malaysia ; boleh datang ke Studio saya di KL ;-)

      Delete
  5. Assalamualaikum en latif, boleh saya tahu lokasi gallery en.

    ReplyDelete
  6. maaf saya juga punya bakat melukis tpi keadaan saya sekarang masih belum punya modal (ekonomi) masih di bilang blum mncukupi apa ada solusi bwat saya...tlg di bls..

    ReplyDelete
  7. suka entry ni..byk ilmu dpt.tq for sharing

    ReplyDelete
  8. Trimakasih ilmu yg bermanfaat...terbaikkk latif maulana

    ReplyDelete
  9. Wah, terima kasih tips ini sangat bermanfaat untuk para artis dan semua orang diluar sana ..saya pun ade terfikir nak bukak gallery kecik pun xpe macam dlm tips yg pnting selesa dan tak serabut..nice saya rasa semakin bersemangat ..this is blog saya http://silhouetteillustration.blogspot.my/

    Thanks for sharing👍

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts