Apa yang pelukis perlu tahu selain melukis; Menarik kain kanvas di atas kayu/stretcher


Selain melukis pelukis juga perlu tahu bagaimana untuk menarik atau melekatkan kain kanvas di atas sebuah kayu 'stretcher'. Saya biasanyer dulu lekat kanvas atas plywood gune pelekat atau stapler tapi tak puas hati sebab kanvas tu tak berapa nak tegang.

Ape yang perlu kamu ade adalah sebuah kayu yang boleh dibuat sendiri tapi pastikan kayu stretcher tersebut lurus dan jgn bengkok, kalau nak senang pergi ke mana mana kedai frame suruh dia orang buat.
Ini adalah penarik kain kanvas semasa kamu nak melekatkan kain kanvas di kayu stretcher, playar tak digalak digunakan kerana akan mengkoyakkan kain kanvas kamu. Penarik kain kanvas ini boleh didapati di kedai kedai seni di KL.


Stapler ini untuk melekatkan kain kanvas pada kayu stretcher.....


Tukul besi ini untuk mengetuk mana mana stapler yang tak berapa nak kuat di kain kanvas....

Kamu perlu melekatkan kain kanvas dari tengah dari setiap bahagian kayu stretcher, ini supaya kain kanvas kamu tidak akan berkedut bila siapnya. Perlu melekatkan di setiap bahagian tengah di atas, kiri, kanan dan bawah kayu stretcher tersebut


Pastikan kamu menarik kain kanvas tersebut dengan sederhana kuat dan jangan terlalu kuat , ini akan menyebabkan kanvas kamu akan terkoyak rabak. Semasa tarik tersebut kamu melekatkan kain kanvas tersebut dengan stapler. Proses mengstapler dan menarik kain kanvas di atas kayu strtcher perlu dilakukan dari tengah ke tepi.
Setelah distapler dari setiap sudut tepi tersebut, kamu boleh mula menstapler dari arah tengah ke tepi bucu kayu tretcher tersebut sehingga selesai.

Ini adalah contoh kain kanvas yang telah siap dilekatkan di atas kayu stretcher.


Kini kamu sudahpun ada sebuah kanvas yang dilekatkan di atas sebuah kayu stretcher dan bersedia untuk dilukis.

Comments

  1. wow,, inilah pertama kali aku jumpa blog yang sangat infomatif - mengajar readers tentang cara cara strech kanvas..bagus..teruskan usaha anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts