Takde Idea Melukis, Otak Jam ?


Jangan berputus asa dan patah semangat kalau korang cuba buat tapi tak jadi2, semua yang korang buat tu akan memberikan korang pengetahuan baru dalam menghasilkan karya yang ingin dihasilkan.
Aku rasa korang semua pernah rasa duduk kat depan kanvas kosong tapi tak tau nak lukis apa, 'ya Allah apa yang aku nak lukis nieh' ishhh ish ish ish ' seoalah-olah idea tak mo masuk- masuk. Last-last korang tenung kanvas , kanvas tu tenung korang balik he he he.
Perkara ni berlaku memang tak tentu masa, buat kita pening kepala , kecewa, sangkut tgh jalan dan ada yang putus asa. Pertama kita kena ingat , perkara ni memang normal. Aku percaya semua pelukis pernah mengalami perkara ni.

Korang tak perlu risau sebab perkara yg berlaku kpd ribuan pelukis sejak berabad dulu ni hanya sementara waktu je. Sekejap atau lama bergantung pada mcm mana kita nak settlekan nya.
Ini bermakna korang dah sampai tahap dimana korang perlu berfikir kepada benda baru yang memerlukan masa dan buah fikiran. Ini mungkin juga berlaku sebab korang terlalu banyak idea sehingga tak tau nak lukis apa.Ada beberapa perkara yang korang boleh buat untuk mengatasi masalah ni sehingga membelenggu korang sampai tak leh nak terus bekarya.

AMBIL MASA

Ambil masa dan fikir apa masalah sebenarnya. Kalau korang rasa nak lukis subjek lain dari biasa, teruskan ide tu. Kalau korang rasa terlalu tertekan dengan pendapat orang benda apa yang nak lukis, senaraikan subjek-subjek dan ide-ide tersebut, buat penilaian serta buatlah pilihan yg terbaik. Pilih satu je dan fokus, atau mungkin korang perlu cuti rehatkan minda gi jalan jalan makan angin sekejap, atau buat aktiviti lain selain melukis: berbasikal, hiking, panjat gunung, tebas rumput, bersihkan kawasan rumah dsbagainya.

Cuba pilih sesuatu yang boleh memberikan masa untuk otak korang berfungsi semula he he he. Sebagai contoh sesetengah pelukis suka lepak tmpat sunyi dan damai dkat dgn hutan 'nature' dan sebagainya utk refreshkan minda.

Kalau korang rasa x boleh nk pkir sebab space studio korang sempit semak .. gi la jalan jalan sekejap di tempat yang luas mata memandang, nikmati kehijauan alam, mandi air terjun, mandi sungai,  dsbaginya. Jangan jalan-jalan terlalu lama sampai work pun tak jalan-jalan.

PANDANG SEMULA KE BELAKANG ATAU KE HADAPAN

Secara amnya cuba korang fikir semula tentang karya terbaru korang, berkemungkinan tema yang korang inginkan dah ada kat situ sebenarnya. Perluaskan tema tersebut, pikir semula dan kaji.
Kalau korang rase mcm tak de mood je pada tema yg korang buat sebelum ni, redho je lah. Mungkin agak rasa janggal nak tinggalkan subjek yang dah selalu kita buat, mungkin boleh buat baru tapi dlm bentuk yang up-to-date, agy dan baru. Korang adalah tuan kepada karya of course koranng boleh kembali melukis subjek lama kalau korang dh rasa rindu nak buat subjek tersebut semula.
Ini adalah sangat challenging part sebab dalam era yang sangat cepat berlalu, era maya, it, trending terkini dsbagainya. Korang kena selalu memberikan cabaran kepada otak korang jauh ke hadapan, pikir benda yang orang tak pernah buat.

SENTIASA BERFIKIRAN TERBUKA

Bila nak cari inspirasi baru pastikan dengan minda yang terbuka. Semuanya mungkin boleh jadi penanda aras baru tema korang, ini mungkin boleh jadi seperti tentang kehidupan harian korang.
Baca suratkhabar. tengok tv berita dsbagainya, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling yang menarik minat korang untuk dijadikan sebagai bahan..Memang ini akan memberikan kesan impak dalam karya korang

PENGKAJIAN ADALAH KUNCI.

Bukan kat sekolah jer kena buat kajian kalau korang dah jadi pelukis sepenuh masa, secara tak langsung korang kena buat semua tu, sebab itu adalah proses korang.
Jangan berasa takut atau ragu-ragu untuk mencuba teknik2 baru, cat minyak, akrilik, cat air, dsbagainya.

Sekarang ni korang boleh google jer teknik teknik apa yang korang suka, semua x de masalah.
"Akhirnya seni itu sebenarnya adalah proses tentang "penjelajahan" dan "pengkajian" pada setiap sesuatu dan seterusnya imej yang terhasil adalah MIMIK pada kehidupan, ruang, masa dan tempat"

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT.

Kalau korang rase ok jer tak pernah stuck depan kanvas buat masa ni, ok lah good, nice. Tapi mencegah adalah lebih baik, buat persiapan sambil-sambil. Buat buku skrap/sketch book tentang ide-ide dan subjek- subjek yng menarik minat korang, keratan2 akhbar, buat nota-nota dsbgainya. Benda ni boleh diguna pakai bila korang kehabisan ide.

Perkara yang paling penting sebenarnya adalah bekerja keras. Hasilnya memang pap pap pap. Good Luck. Semoga Berjaya, Adios Amigos.

Comments

  1. saya biasa ada idea.. tpi tak tahu knpa ada satu rasa takut..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts